Tuesday, December 9, 2014

testimoni kencing manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur mama nieza ke hadrat ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada mama nieza untuk berblog...

Hari ini mama nieza nak berkongsi satu testimoni mengenai kencing manis...
Kisah ni mengenai sorang makcik yang ada penyakit kencing manis tampa dia sedar...hinggalah suatu hari kaki beliau terluka dan susah nak sembuh...dari seminggu ke dua minggu luka di kaki semakin membesar...hingga lah suatu hari makcik ni ke hospital untuk rawatan..sungguh tak di sangka bila hasil pemeriksaan mendapati gula di dalam darah adalah 16.4 semasa berpuasa...agak tinggi kan...suplimen yang mama syor kan adalah B-complex dan zink shaklee...Alhamdulillah setelah mengamalkan selama sebulan luka di kaki beransur sembuh dan bacaan gula dalam darah semakin menurun ini kerana...

Zink complex membantu :-
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran..dan zink juga membantu pengeluaran insulin..mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetis..zink juga membantu pembentukan protien dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit..kuku dan organ..

Manakala B-complex pula membantu:-

Menukar kan makanan kepada tenaga..bantu penghadaman..menukarkan lemak,karbohidrat dan protien kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan..B-complex juga membantu meredakan alahan dan melawan tekanan bagi memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala,tekanan,kemurungan dan imsonia

Pengambilan suplimen yang konsisten di samping permakanan yang seimbang membantu paras gula kembali normal...sehingga kini makcik dan tak perlukan ubat kencing manis lagi...

Alhamdulillah dengan izin Allah jua lah yang menyembuh kan setiap penyakit...
Mencegah lebih baik dari mengubati...


Inginkan suplimen shaklee

Hubungi mama nieza di :-

Fb hanizah kamal
Fb pages hotmamabiz
Whatsaap/sms/call
0137505373

susu ibu oh susu ibu

Assalamualaikum dan selamat petang

[Rezeki anak]

Alhamdulillah syukur mama nieza kepada ilahi kerana masih memberi peluang untuk mama bernafas di bumi mu ini....dalam duk bersantai-santai petang-petang macam ni sambil menyusukan si kembar...teringat mama pada suatu ketika dahulu susu mama hampir2 kering...
Masa tu memang gelabah lah sebab hajat dan impian nak susukan si kembar sehingga usia kembar 2 tahun...di saat usia kembar mencecah usia 6 bulan susu mama semakin menyusut...perbagai cara dah mama cuba tapi hasilnya tetap hampa...doa mama nieza tak pernah putus agar dapat meneruskan impian mama untuk menyusukan kembar sehingga ke usia 2 tahun...

Alhamdulillah Allah mendengar doa hambanya....mama di pertemukan dengan shaklee...percubaan mama yang pertama adalah ESP dan alfalfa...pengambilan yang konsisten dan teknik penyusuan dan pam yang betul...Alhamdulillah 2 minggu susu mama telah kembali meriah...si kembar di lahirkan tidak cukup bulan maka penyusuan susu ibu amatlah penting untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan si kembar mama sejajar dengan usianya...


*adakah anda menghadapi masalah dengan penyusuan susu ibu??

Kami di sini sedia membantu...yang pasti khidmat rundingan selepas jualan akan di berikan secara percuma

Ingin maklumat lanjut
Hubungi mama nieza di:-

Fb hanizah kamal
FB pages hotmamabiz
Email hanizahkamal@yahoo.com
Whatsaap/call/sms 0137505373

Monday, December 8, 2014

indahnya kehamilan

Assalamualaikum dan selamat malam

[Seronoknya menjadi ibu]

Alhamdulillah syukur mama nieza ke hadrat ilahi kerana masih memberi kesempatan untuk mama nieza menulis di blog pada malam ini...

Hari ini mama hanya ingin berkongsi pengalaman mama nieza mengandung dan melahirkan anak-anak...setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza kan...begitu juga dengan mama nieza...

Mama nieza adalah ibu kepada 5 orang cahayamata...2 perempuan dan 3 lelaki...Alhamdulillah masih di beri kesempatan olehnya untuk mama melihat anak-anak mama membesar di depan mata...

Teruja
~~~~~~~

Mama nieza di sah kan bunting pelamin..Alhamdulillah tak lama lepas di ijab kabul kan mama di sah kan hamil..Alhamdulillah hanya allah sahaja yang tahu betapa seronok.hati ini bila telah di sah kan hamil...betapa ku sujud syukur pada mu ya allah kerana memberikan ku rezeki seawal ini...Alhamdulillah mama tak mengalami mabuk yang teruk sepanjang mengandung dan selera makan pun makin bertambah...hehehe kalau dah selera makan tu besar maka berat badan pun makin bertambah la kan..haaa jangan terkejut tau berat mama nieza naik sebanyak 20kg tau sepanjang mengandungkan anak sulung mama..

Tiada komplikasi
~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah sepanjang mengandung mama nieza tiada mengalami apa-apa masalah..baik kencing manis..darah tinggi..asma atau penyakit yang lain-lain...syukur kerana mama masih di berikan kesihatan yang baik sepanjang mama mengandungkan anak mama...umum semua tahu kan kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama bagi ibu yang pertama kali mengandung..cabaran yang di hadapi oleh ibu-ibu dalam proses untuk membesar kan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal...

Tempoh sakit yang singkat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amat penting untuk ibu-ibu hamil mengamalkan pengambilan permakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan ibu dan anak yang di kandung membesar dengan sihat...di samping permakanan yang seimbang pengambilan suplimen juga membantu untuk membekalkan kesemua nutrien yang ibu dan janin perlukan...cukup masa kandungan mama kini tiba masa untuk mama melahirkan anak....setiap ibu yang mengalami saat-saat hendak melahirkan pasti berdebar-debar kan...bermacam-macam yang terbayang di ruang mata...namun dalam hati hanya berdoa semoga allah memudahkan segala urusannya...tepat pukul 12 mlm mama nieza pecah ketuban...hanya 3 jam selepas ketuban mama pecah mama nieza selamat melahirkan seorang putera seberat 3.7kg...mengalami sedikit koyakan di bahagian perinium...

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sangat berharga yang tak dapat di beli dengan wang ringgit...
Di lain masa mama nieza akan kongsi kan pengalaman mama nieza sewaktu mengandung kan si kembar mama...

Inginkan suplimen semasa hamil??

Boleh hubungi mama nieza di :-

Fb hanizah kamal
Fb pages hotmamabiz
Sms/call/whatsaap
0137505373

Pengedar sah shaklee


Sunday, December 7, 2014

rahsia badan kekal cergas

Assalamualaikum semua

[Umpama robot]

Alhamdulillah syukur mama kepada ilahi kerana masih memberi kesempatan untuk mama berblog...dah agak lama kan mama tak menulis di blog mama nieza....al-maklum lah cibuk dengan majlis kenduri kawen di rumah jiran...sebagai jiran yang terdekat adalah menjadi kewajipan bagi mama nieza untuk membantu....

Umum semua tahu kan kalau sesuatu majlis perkahwinan bakal berlangsung pasti seminggu sebelum majlis tuan rumah dah cibuk...tinggal di kawasan perkampungan sudah semestinya mama nieza juga tak terkecuali untuk turut serta...sesiapa yang tingal di kampung pasti tahu kan seronok bila kita dapat bergotong royong bersama-sama...seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai

Letih yang teramat sangat
========================

Kalau dah namanya kenduri pasti penat kan...ye la sedari awal nak siap kan segala rempah ratus..kerisik kelapa..bunga telur..beg berkat..semuanya nak di siapkan sebelum majlis bermula...penat tak usah cerita la kan...ya allah tuhan saja yang tahu...rasanya kalau dapat tidur mahu seminggu tak bangun..hehehe...melampau tu

Tambah tenaga
===============

Ada yang bertanya bagaimana mama nieza boleh nampak aktif dan cergas walaupun berperang dengan anak-anak kecil..hehehe (anak mama nieza yang kecil ni kembar baru 2 tahun) mama nieza bukan robot..badan tetap rasa penat dan letih cuma mama nieza amalkan pengambilan suplimen dan minum air masak yang cukup di samping mengamalkan permakanan yang seimbang...suplimen penting untuk memastikan badan kita memilih zat dan khasiat yang cukup...kita yakin ke dengan makanan saja mampu memberikan khasiat yang cukup untuk badan kita...??

Pilihan mama nieza adalah shaklee..selamat dan semulajadi...pemilihan suplimen yang betul adalah penting untuk memastikan badan kita mendapat cukup zat dan khasiat yang di perlukan

Inginkan suplimen yang semulajadi dan selamat boleh hubungi mama di

Fb hanizah kamal
Fb pages hotmamabiz
Sms/call/whatsaap
0137505373

Wednesday, November 26, 2014

omega membantu perkembangan kanak-kanak

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah masih di beri kesempatan olehnya untuk mama nieza bernafas di bumi ini...syukur pada mu ya allah kerana masih di berikan kesihatan untuk terus beribadah dan menjalankan rutis sebagai anak..ibu..isteri dan sebagai hambanya..

Hari ini mama nak berkongsi sedikit perkembangan si twin mama nieza...
Ramai yang tahu kan kalau melahirkan bayi pra matang pasti perkembangan kanak-kanak tersebut agak perlahan berbanding dengan kanak-kanak yang di lahir kan cukup bulan...Alhamdulillah anak mama nieza walaupun di lahirkan pra matang tetapi perkembangan si kembar mama nieza sejajar dengan bayi yg di lahirkan cukup bulan...

Alhamdulillah bulan november ni genap la si kembar 2 tahun ...berkat kesungguhan dan kesabaran mama nieza mengamalkan pengambilan supliment untuk anak-anak mama nieza kini sudah menampakkan hasilnya...mengikut kata pakar kanak-kanak si kembar mama nieza mempunyai perkembangan yang sangat memberangsangkan kan...perkembangan si kembar sejajar dengan usia bayi normal...pemeriksaan perkembangan otak menunjukkan otak si kembar mama nieza berfungsi dengan baik...Alhamdulillah syukur kepada Allah...dengan izin allah jua lah yang mempertemukan mama nieza Dengan shaklee...dengan izin allah juga lah yang membuka pintu hati mama nieza untuk memcuba shaklee...

in sha allah nanti mama nieza kongsi kan kebaikan omega untuk kanak-kanak ye


Ingin menjadi ahli??
Nak tahu lebih lagi tentang shaklee??

Hubungi mama nieza di

Fb hanizah kamal
Fb pages hotmamabiz
Tel/sms/whatsaap
0137505373


Friday, November 21, 2014

kek coklat moist

Assalamualaikum dan selamat malam

Apa khabar semua hari ini??
Mama nieza harap semuanya sihat-sihat belaka ye...dah lama tak buat kek coklat..hari ini adik mama nieza minta tolong ajarkan dia buat kek coklat...jadi mama nieza ambil kesempatan la untuk kongsi kan resepi kek coklat di sini...

Ok mari kita tengok bahan-bahan untuk buat kek coklat ni...

BAHAN-BAHAN :-

2~ cawan tepung gandum
1~ sudu teh soda bikarbonat
1~ cawan gula
1~ cawan serbuk coklat
1~ cawan susu manis
1~ cawan minyak masak @ jagung
1 biji telur (B)
1~ sudu teh cuka atau lemon (jika suka)
1~ cawan air sejuk peti

CARA-CARA MEMBUATNYA :-

Tepung gandum dan soda bikarbonat di ayak ketepikan...dalam bekas lain satukan gula,serbuk coklat dan minyak...di gaul sebati kemudian campur kan susu manis..gaul lagi..kemudian tambahkan air sejuk dan telur...gaul lagi kemudian tambah kan cuka atau lemon..kacau sebati kemudian tambahkan tepung yg dah di ayak..gaul sebati..kemudian tuang ke dalam loyang yg dah di sapy dengan minyak...kukus selama 1 jam atau sehingga masak...

Untuk toping :-

300gm coklat masakan
2 sudu makan majerin
50ml susu segar

Caranya :-

Coklat di potong kecil-kecil letak di dalam bekas tahan panas campur kan dengan majerin...masak secara double boiler...bila coklat dah cair camput kan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau...dah siap tuang atas kek yg dh di sejukkan...

tadaaaa...dah siap...boleh di hidangkan untuk minum petang...

Ok selamat mencuba ye...

untuk yang ingin membeli atau nak tau lebih lanjut tentang shaklee boleh hubungi mama nieza di

Whatsaap/call 0137505363
Fb hanizahkamal
Email hanizahkamal@gmail.com


Monday, November 17, 2014

testimoni meal shakes

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah syukur ya allah kerana masih memberi peluang untuk ku bernafas di bumi mu ini....

Dah masuk bulan november ni maknanya dah masuk musim tengkujuh...kat tempat mama nieza ni dah beberapa hari hujan...sejuknya rasa pagi-pagi ni...musim-musim hujan ni kan kalau lah dapat makan ubi rebus dengan kopi '0 memang sedap la....

Hari ni mama nieza nak kongsi sedikit pengalaman mama nieza la bila tiba waktu hujan ni...anak mama nieza ada lima orang..boleh di katakan semuanya ada penyakit asma..kalau dulu asal tiba musim hujan memang mama nieza risau sangat-sangat..ye la sebab anak-anak ada asma kan..inherler memang kena selalu ada la kan..waktu-waktu macam ni lah selalu ank-anak boleh kena asma...boleh di katakan selalu lah mama berulang ke hospital untuk ambil ubat sedut...boleh di katakan semua anak-anak mama nieza ada asma sejak dari bayi lagi...bayangkan dari usia tak sampai setahun dah kena pakai inherler sehingga besar dah berapa banyak steroid yang masuk ke dalam badan??? Tapi dulu mama nieza tak tahu..kini alhamdulillah syukur mama nieza ke hadrat ilahi kerana pertemu kan mama dengan shaklee...

Dengan pengambilan set kanak-kanak shaklee si kembar mama nieza tak perlu bergantung dengan inherler lagi...walaupun di musim hujan asma jarang menyerang si kembar lagi...Alhamdulillah dengan pengambilan yang konsisten selama enam bulan si kembar mama nieza tak perlu bergantung dengan inherler lagi...kini si kembar mama nieza boleh aktif bermain walaupun hujan..selera makan pun dah semakin bertambah...

Mama nieza hanya ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak mama nieza...pilihan di tangan kita

Sebagai ibu mama nieza hanya inginkan yang terbaik...pilihan mama nieza hanyalah SHAKLEE

Anda berhak memilih yang terbaik untuk keluarga anda...

Anda pilih SHAKLEE mama nieza boleh membantu...
Yang pasti rundingan selepas pembelian akan di berikan secara percuma...

Hubungi :-

Fb: hanizahkamal
Fb pages: hotmamabiz
Call/sms/whatsaap: 0137505373

Sunday, November 2, 2014

KESAN KEKURANGAN PROTIEN


Assalamualaikum semua..harap semuanya sihat-sihat ye

Hari ini mama nieza nak kongsi sedikit tentang kesan-kesan kekurangan protien ni...Tahukah anda bahawa protien ni sangat penting untuk badan kita kerana seluruh badan kita ni memerlukan protien...

Ini adalah tanda-tanda kekurangan protien..

*edema (bengkak badan)
Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit...ia selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali...tetapi dia juga boleh berlaku di mana-mana bahagian anggota badan...protien amat lah penting  untuk seimbang kan air dalam badan..

*penurunan berat badan
Haaa...jangan seronok sangat pula tau...sebab ini bukan lah satu berita yg gembira ye sebab penurunan ini amat lah tidak selamat dan sihat...penurunan berat badan yang terlampau juga salah satu faktor kekurangan protien dalam badan sebab walaupun kita tidak ambil protien badan kita tetap perlu kan protien untuk berfungsi (sebab tu dalam set slim shaklee ada ESP untuk bina balik otot-otot kita)

*rambut gugur atau kasar
Rambut yang gugur terlampau teruk atau banyak atau rambut terlalu kasar juga di sebabkan oleh kekurangan protien...rambut kita terdiri daripada protien jadi bila kita kekurangan protien macamana rambut tu nak tumbuh dengan sihat dan lebat kan...
(Sebab tu bila ada yg konsisten amalkan ESP dia blh nampak rambut dia makin lebat,berkilat dan tak bercabang)

*rabung atau tanda pada kuku
Tahukah anda garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protien kita ni...kuku pun macam rambut jugak...perlukan protien untuk tumbuh dengan sihat..
(Cuba tengok kuku anda...kalau tak ada tu alhamdulillah lah)

*pucat
Kulit yang pucat dan cepat terbakar ni (sunburn) selalunya di sebabkan kurang zat besi dan protien....tetapi selalunya makanan yang kaya zat besi juga mengandungi protien...sebabnya badan perlukan protien untuk menggunakan zat besi dengan dengan efektif...kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia..

*ruam kulit
Kulit berkuping pun tanda-tanda  anda kekurangan protien...bila kulit dah jadi macam kelumumur maknanya kekurangan protien anda memang di tahap yang kronik...badan tak cukup protien terpaksa lah sedut dari sumber yang ada kan...

*keletihan dan kelesuan
Keletihan dan kelesuan juga adalah antara tanda-tanda anda kekurangan protien dan badan anda terpaksa ambil sumber protien dari otot-otot..Rambut..kuku dan kulit...jadi apa yang tinggal dalam badan anda???
Sebab itu lah anda rasa cepat letih dan penat..

*luka lambat sembuh
Ini pun salah satu tanda kekurangan protien...luka yang lambat sembuh bukan bermakna anda ada kencing manis ye (tetapi andai luka anda terlalu lama dan amat sukar untuk sembuh lebih baik dapatkan nasihat doktor) asid amino adalah sangat penting dalam proses penyembuhan luka...bila badan kita luka...tisu-tisu badan ni gunakan asid amino untuk membaiki bahagian yang luka jadi kurangnya protien maka lambat la proses penyembuhan luka tadi...

*susah tidur
Ermmm susah tidur pun sebab kekurangan protien jugak ke??
Jadi orang yang senang tidur ni cukup la protien dalam badan dia ye??
Wallahualam hanya tuan badan yang lebih tahu ye....sebenarnya masalah susah tidur ni sebab ada satu hormon yang di panggil SEROTONIN itu kurang...yang mana ia di sebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino...asid amino ni pula di hasilkan apabila protien di cernakan...jadi permakanan yang kurang ni boleh menyebabkan anda susah nak tidur...

*sakit kepala
Sakit kepala ni di sebabkan banyak faktor termasuklah kekurangan protien...macamana kekurangan protien boleh sebabkan sakit kepala??
1~ kekurangan protien boleh sebabkan darah=punca sakit kepala
2~ kekurangan protien boleh menyebabkan paras gula menurun=punca sakit kepala

*pengsan
Pengsan pun boleh di katakan sebab kekurangan protien...sebab paras gula yang rendah dalam badan atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk mendapatkan protein yang di perlukan oleh badan...

~ bukan semua ye tanda-tanda kekurangan protien dalam bentuk fizikal...ada juga dalam bentuk emosi atau mental termasuklah :-

~ mudah tersinggung
~ murung
~ tekanan yang terlampau
~ kebimbangan
~ kurang tenaga

Ini adalah sedikit info yang dapat mama nieza kongsikan...

bagi anda yang kekurangan protien tu jom tingkat kan pengambilan protein dengan mengamalkan pengambilan ESP dan MEAL SHAKES secara konsisten...in sha allah dapat membantu


Inginkan produk shaklee boleh hubungi :-

Fb : hanizahkamal
Whatsaap/sms/call : 0137505373


Saturday, October 25, 2014

kek pisang gebuss

As salam...dah lama x jengah ke blog kan...haa harini mama nieza x nak citer pasal shaklee tp nak share pasal kek pisang...mesti ramai suka kek pisang kan...resepi ni boleh buat 2 versi...kukus dan bakar...

Al maklum la anak2 dan en hubby suka sangat makan kek pisang ni...resepi ni mama nieza dapat dari seorang kenalan lama...masa tu baru sorang anak..haaaa lama tak lama resepi ni kan...ok la dari duk membebel nanti korang jemu plak kan...meh tengok bahan2 nya


BAHAN2 NYA
=============

2~cawan tepung gandum
1~sk soda bikarbonat
1~sk baking powder
1~cawan gula
1/2cawan minyak masak
3~biji pisang
2~biji telur
1~sk esen vanila @ pisang


CARA2 MEMBUATNYA
======================

tepung gandum dgn soda bikarbonat dn baking powder di ayak skali...ketepikan...dalam bekas lain blander gula dan telur sampai kembang..kemudian masukkan pisang blander lg bagi hancur..kemudian masukkan minyak dan esen vanila @ pisang...blander sebati kemudian masukkan tepung kaup balik smpai dia sebati...masukkan dalam loyang yg dh di sapu dengan sedikit minyak...bakar dalam oven yang dah di panaskan dengan suhu 170 selama 40 mnt atau sehingga masak...(klu nak kukus pn boleh)


Tada siap sudah kek pisang ku....selamat menjamu selera ye semua....

pada yang nak menambah pendapatan dari rumah boleh  hubungi mama nieza ok...


Monday, August 25, 2014

MEAL SHAKES SHAKLEE

MEAL SHAKES SHAKLEE

Meal shakes SHAKLEE menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya lebih mudah di serap untuk kegunaan seharian...ia di perbuat daripada bahan semulajadi...buah-buahan..sayur-sayuran..kacang soya..lactalbumin (sejenis susu ) dan lain2..lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah di serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa ..kebiasaannya ia mengandungi perbagai nutrisi seperti immunoglobin,katogeri,bacteriolysin dan sebagainya..

Meal shakes SHAKLEE di hasilkan untuk semua golongan..bayi..pelajar..kanak2 membesar..ibu2 hamil...para atlet..pengamal sayuran (vegetarian)..orang sakit..orang yg sibuk bekerja..atau orang yg selalu ambil makanan segera...jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat..meal shakes SHAKLEE merupakan pilihan bijak...

MANFAAT UTAMA:

* nutrisi lengkap ~ menyediakan 24 jenis vitamin , mineral dan zat perlu...kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita..ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak...

* membekalkan nutrisi kepada sel tubuh ~ kaya dengan protin ( tidak mengandungi laktosa ) membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun dan lain2..

* membantu tumbesaran ~ mengandungi asid folik,biotin kaya dengan kalsium dan magnesium yang di perlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar...

Anti oksida ~ mengandungi vitamin A,C,E, zink,selenium yang merupakan  agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan..

* mengembalikan seri wajah ~ mengandungi vitamin B yang lengkap  zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat..sekali gus memberi kompleksi wajah / kulit yang lebih cantik..

*detoksifikasi ~ kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari lemak dn usus..

* kelazatan rasanya ~ minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi..pengantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga..tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan...lazat untuk di nikmati oleh semua golongan

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

ALFALFA COMPLEX

alfalfa complex merupakan formula shaklee signature yang pada asalnya di bangunkan oleh doktor shaklee dalam tahun 1950an
Alfalfa complex di perbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa ) secara organik di california yang bebas dari pestisid,herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia...alfalfa juga di kenali sebagai "raja segala tumbuhan" medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa...tumbuhan ini mengambil masa sekurang kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap perbagai nutrisi... daun alfalfa dari shaklee hanya di tuai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak...daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil...daun - daun ini di keringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya..mana kala bahagian lain yang tidak penting di lupuskan.. kemudian daun-daun yang telah di keringkan akan di biarkan menjadi serbuk sebelum di kompres menjadi tablet...keseluruhan proses ini di jalankan di bawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketat dan teliti...setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa...

MANFAAT UTAMA:
tumbuhan yang sangat kaya dengan perbagai nutrisi ~ alfalfa telah di gunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah di kenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan perbagai nutrisi dan zat galian..ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buan-buahan mahupun sayuran...ia kaya dengan protin,asid amino,klorofil,serat,15 zat galian,10vitamin,8 enzim dan fitokimia...10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu...

* mencuci hati,darah dan usus ~ ini adalah makanan yang sangat berakali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid..menghilangkan toksin dari badan..membersihkan hati,kolon,darah dan mencantikkan kulit dan otot..

* melawan alahan ~ memperbaiki keadaan kulit dan hidung sentitif ,kurap,bau badan dan ulat air ( athlete's foot) dengan berkesan..

*baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut ~ memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung,ulser gastrik,hepatitis dan sembelit..

* menyingkirkan lemak dan kolesterol ~ kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak,mengurangkan kolesterol mencegah penyakit jantung,strok dan darah tinggi...hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol..

* melawan tumor ~ memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor..

* melegakan keletihan ~ melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit..


Monday, August 18, 2014

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

performance drink SHAKLEE adalah bebas karbonat dan kurang gula...bagi peminat tegar minuman isotonik (sports drink) tahukah anda bahawa kebanyakan minuman isotonik yang berada di pasaran terlalu tinggi kandungan gula dan mengandungi karbonat (bergas) amatlah tidak bagus andai anda mengamalkan minuman sebegini untuk jangka masa yang lama...performance drink adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula

*KENAPA PERFORMANCE DRINK?
ini kerana performance drink sesuai untuk seisi keluarga sama ada ayah,ibu,suami,isteri mahu pun anak2 anda yang riang dan aktif..

*KEBAIKAN PERFORMANCE DRINK
1) bebas gas @ tiada karbonat

2) kurang kandungan gula

3) performance drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolik) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga (kurang harus)

4) bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita..kesannya ia akan mudah di serap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya tubuh anda lebih cergas dan bertenaga dan kurang senyap

GOLONGAN YANG SESUAI DAN AMAT MEMERLUKAN PERFORMANCE DRINK

~ ibu2 yang menyusukan anak
~ mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan
~ mereka yang berpuasa ( sesuai untuk sahur dan berbuka)
~ para pesakit yang mengidap  sakit gout
~ mereka yang kurang minum air dan dehidrasi
~ jika anda sering di serang sakit kepala @ migrain
~anak2 yang mudah demam
~ mereka yang terasa demam @ sedang demam
~ mereka yang muntah2 atau cirit birit
~sebagai penganti kepada minuman isotonik yang lain yang berkarbonat dan tinggi gula
~ mereka yang ingin melakukan pembedahan
~ mereka yang sering tidur lewat malam
~mereka yang sering keletihan

Maklumat lanjut boleh hubungi saya Pm @ Whatsaap

Email: hanizahkamal@gmail.com
H/P..weechat..whatsaap 0137505373
SID : 1069947