Sunday, November 2, 2014

KESAN KEKURANGAN PROTIEN


Assalamualaikum semua..harap semuanya sihat-sihat ye

Hari ini mama nieza nak kongsi sedikit tentang kesan-kesan kekurangan protien ni...Tahukah anda bahawa protien ni sangat penting untuk badan kita kerana seluruh badan kita ni memerlukan protien...

Ini adalah tanda-tanda kekurangan protien..

*edema (bengkak badan)
Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit...ia selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali...tetapi dia juga boleh berlaku di mana-mana bahagian anggota badan...protien amat lah penting  untuk seimbang kan air dalam badan..

*penurunan berat badan
Haaa...jangan seronok sangat pula tau...sebab ini bukan lah satu berita yg gembira ye sebab penurunan ini amat lah tidak selamat dan sihat...penurunan berat badan yang terlampau juga salah satu faktor kekurangan protien dalam badan sebab walaupun kita tidak ambil protien badan kita tetap perlu kan protien untuk berfungsi (sebab tu dalam set slim shaklee ada ESP untuk bina balik otot-otot kita)

*rambut gugur atau kasar
Rambut yang gugur terlampau teruk atau banyak atau rambut terlalu kasar juga di sebabkan oleh kekurangan protien...rambut kita terdiri daripada protien jadi bila kita kekurangan protien macamana rambut tu nak tumbuh dengan sihat dan lebat kan...
(Sebab tu bila ada yg konsisten amalkan ESP dia blh nampak rambut dia makin lebat,berkilat dan tak bercabang)

*rabung atau tanda pada kuku
Tahukah anda garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protien kita ni...kuku pun macam rambut jugak...perlukan protien untuk tumbuh dengan sihat..
(Cuba tengok kuku anda...kalau tak ada tu alhamdulillah lah)

*pucat
Kulit yang pucat dan cepat terbakar ni (sunburn) selalunya di sebabkan kurang zat besi dan protien....tetapi selalunya makanan yang kaya zat besi juga mengandungi protien...sebabnya badan perlukan protien untuk menggunakan zat besi dengan dengan efektif...kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia..

*ruam kulit
Kulit berkuping pun tanda-tanda  anda kekurangan protien...bila kulit dah jadi macam kelumumur maknanya kekurangan protien anda memang di tahap yang kronik...badan tak cukup protien terpaksa lah sedut dari sumber yang ada kan...

*keletihan dan kelesuan
Keletihan dan kelesuan juga adalah antara tanda-tanda anda kekurangan protien dan badan anda terpaksa ambil sumber protien dari otot-otot..Rambut..kuku dan kulit...jadi apa yang tinggal dalam badan anda???
Sebab itu lah anda rasa cepat letih dan penat..

*luka lambat sembuh
Ini pun salah satu tanda kekurangan protien...luka yang lambat sembuh bukan bermakna anda ada kencing manis ye (tetapi andai luka anda terlalu lama dan amat sukar untuk sembuh lebih baik dapatkan nasihat doktor) asid amino adalah sangat penting dalam proses penyembuhan luka...bila badan kita luka...tisu-tisu badan ni gunakan asid amino untuk membaiki bahagian yang luka jadi kurangnya protien maka lambat la proses penyembuhan luka tadi...

*susah tidur
Ermmm susah tidur pun sebab kekurangan protien jugak ke??
Jadi orang yang senang tidur ni cukup la protien dalam badan dia ye??
Wallahualam hanya tuan badan yang lebih tahu ye....sebenarnya masalah susah tidur ni sebab ada satu hormon yang di panggil SEROTONIN itu kurang...yang mana ia di sebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino...asid amino ni pula di hasilkan apabila protien di cernakan...jadi permakanan yang kurang ni boleh menyebabkan anda susah nak tidur...

*sakit kepala
Sakit kepala ni di sebabkan banyak faktor termasuklah kekurangan protien...macamana kekurangan protien boleh sebabkan sakit kepala??
1~ kekurangan protien boleh sebabkan darah=punca sakit kepala
2~ kekurangan protien boleh menyebabkan paras gula menurun=punca sakit kepala

*pengsan
Pengsan pun boleh di katakan sebab kekurangan protien...sebab paras gula yang rendah dalam badan atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk mendapatkan protein yang di perlukan oleh badan...

~ bukan semua ye tanda-tanda kekurangan protien dalam bentuk fizikal...ada juga dalam bentuk emosi atau mental termasuklah :-

~ mudah tersinggung
~ murung
~ tekanan yang terlampau
~ kebimbangan
~ kurang tenaga

Ini adalah sedikit info yang dapat mama nieza kongsikan...

bagi anda yang kekurangan protien tu jom tingkat kan pengambilan protein dengan mengamalkan pengambilan ESP dan MEAL SHAKES secara konsisten...in sha allah dapat membantu


Inginkan produk shaklee boleh hubungi :-

Fb : hanizahkamal
Whatsaap/sms/call : 0137505373


4 comments:

  1. esp + mealshakes buat aiskrim sangat2 sedaap...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...klu di gabung kan esp dgn meal shakes ntuk buat ais krim mmg best

      Delete